APA OMEGA GUARD NI ? JOM,KITA BERKENALAN DENGAN OMEGA GUARD YANG SUPER BEST NI.

 

OMEGA GUARD (OMEGA-3)

Assalamualaikum,semua.Okay sebenarnya omega guard ni apa? sama macam minyak ikan yang lain ? Ada apa dalam omega shaklee ni?Best sangat ka produk ni?Hah...mesti banyak lagi soalan yang bermain dalam fikiran hampa kan.Tunggu apa lagi? Jom,sambung baca. Ehemm..ehemm...

Okay, omega guard ni adalah makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan,menyediakan acid lemak,termasuk EPA dan DHA.Yang membantu mengekalkan kesihatan yang baik.

Omega-3 merupakan sejenis kumpulan asid lemak poli tak tepu yang diperlukan oleh tubuh kita.Badan kita tak dapat hasilkan dan kita mesti ambil dalam diet seharian.Omega-3 ni banyak memberi kebaikan kepada kesihatan kita seperti,kurangkan risiko penyakit jantung,mencegah kemurungan dan juga mampu mencegah beberapa jenis kanser.

Terdapat 3 jenis asid lemak omega -3 yang utama iaitu :-
# Alpha-linolenic acid (ALA)
# Eicosapentanoic acid (EPA)
# Docosahexanoic acid (DHA)

 Apa itu DHA?
DHA adalah  asam lemak yang termasuk dalam kelompok Omega-3. Komposisi otak terdiri dari lemak yang sekitar seperempatnya dihasilkan oleh DHA. Saat menganalisis struktur otak, ilmuwan menemukan bahwa DHA merupakan bagian dari struktur membran neuron.
DHA ini berperanan pada otak (kecerdasan) dan di retina (penglihatan). DHA membentuk kepekaan neuron, yang membantu menyampaikan maklumat dengan cepat dan tepat. Asam lemak Omega-3 membantu pembentukan neuron dan transporter glukosa. Ini adalah nutrisi utama yang membantu otak berfungsi.DHA juga penting untuk perkembangan fungsi mata dan sistem saraf yang sempurna. Penelitian pada haiwan menemukan bahawa DHA banyak terkandung dalam sistem saraf, contohnya pada retina mata dan otak.
                                                                Apa itu EPA?
EPA adalah salah satu asam lemak Omega-3 yang juga disebut “pemurni darah”. Para ilmuwan telah menemukan bahawa kesan utama EPA adalah membantu menghasilakan prostaglandin dalam darah. Jenis prostaglandin ini mencegah penumpukan trombosit, yang mengurangi dan mencegah trombosis. Prostaglandin tersebut juga mengurangi kolesterol dan trigliserida dalam darah, serta mengurangi kekentalan darah.EPA juga dapat mengurangkan risiko aterosklerosis.EPA juga memberikan kesan positif dalam pencegahan dan perawatan penyakit jantung aterosklerosis.
Pentingnya makanan tambahan yang mengadungi DHA dan EPA
Pemberian makanan tambahan yang mengandungi DHA untuk jangka panjang sangat bermanfaat untuk perkembangan bayi.
APA KEPENTINGAN OMEGA-3 ?
Omega-3 ni berperanan penting dalam mencegah penyakit kardiovaskular.Ia juga penting dalam mencegah jangkitan dan mengelakkan pembentukan plak dalam salur darah.

Omega-3 > Kesihatan jantung
Penyakit jnatung merupakan penyebab utama kematian di kebanyakan negara-negara membangun.Jadi omega-3 ni dapat mengurangkan risiko berkaitan penyakit jantung seperti mengurangkan tahap kolestrol dalam darah dan tekanan darah tinggi.

Omega-3 > Tekanan darah tinggi
Masalah tekanan darah tinggi sangat berkait rapat dengan pengambilan garam dan lemak tepu yang berlebiham.Bagi memastikan amalan pemakanan yang lebih sihat,kita boleh menggantikan daging kepada ikan sebagai makanan utama.Kerana kandungan omega-3 yang tinggi dalam produk ikan dapat menurunkan tekanan darah tinggi.

Omega-3 > Menurunkan tahap kolestrol dalam darah
Kajian menunjukkan pengambilan omega-3 dapat menurunkan tahap trigliserida dan pada masa yang sama dapat tingkatkan tahap kolestrol HDL(kolestrol yang baik) dalam darah.

Omega-3 > Kanser
Omega-3 juga dikaitkan dengan pencegahan beberapa jenis kanser seperti kanser usus,kanser payudara dan juga kanser prostat.

Omega-3 > Perkembangan kognitif kanak-kanak
Omega-3 daripada kelas DHA dan EPA sangat penting dalam perkembangan otak kanak-kanak.Ia membantu sel otak untuk berhubung dan seterusnya mempengaruhi fungsi pemikiran dan pembelajaran kanak-kanak.

Antara kebaikan-kebaikan yang lain yang ada pada omega-3

  • Meningkatkan tahap kesuburan
  • Mencegah masalah berkaitan mental seperti dementia(nyanyuk) dan kemurungan.
  • Mencegah strok (angin ahmar)
  • Mengurangkan risiko diabetes (kencing manis)
  • Mencegah arthritis (sakit pada sendi)
Apa perbezaan omega guard shaklee dengan jenama yang lain?


Omega Guard shaklee juga menggunakan ikan (Anchovy) atau lebih dikenali sebagai ikan bilis.


ANTARA 10 KEBAIKAN YANG TERDAPAT PADA ANCHOVY
  • Baik untuk kesihatan jantung
  • Baik untuk kesihatan kulit
  • Kaya dengan protein
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Meningkatkan kesihatan tulang
  • Membantu "self healing"
  • Kaya dengan omega-3
  • Baik untuk kesihatan mata
  • Bertindak sebagai anti-keradangan
  • Kaya dengan zat besi
Okay,rasanya cukup dulu sampai sini tentang Omega guard ni.Hehehe...Moga bermanfaat ya.Oh,sebelum dini lupa.Boleh klik link dibawah untuk maklumat lanjut tentang omega guard ni.Sekian dari saya.Assalamualaikum dan selamat sejahtera.







No comments:

Post a Comment

SANA SINI SHAKLEE,SELAMAT KA SHAKLEE NI?

  Assalamualaikum,semua.Okay,sebenarnya dah ramai yang kenal dengan produk shaklee ni.Ada juga yang tak berapa nak kenal,tak ketinggalan lah...